Pengalaman pertama

Assalamualaikum...

entry kali aku dah cerita dah pasal keluarga ke or diri aku lagi (takot korag muntah lah pulak) aku cerita pengalaman aku semalam. Kalau orang kelantan dia panggil semalam "marin". Semalam aku dan tiga housemate aku keluar untuk berbuka puasa di KFC . Lepas berbuka ue kitaorang jalan-jalan di sekitar gua musang. Ala, biasalah student dah stress study mesti nak hilangkan stress kan so kitaorang pun pegi lah dipekampungan di sekitar gua musang...

             Nak tergelak pun ada masa nak taip entry ni haih...tapi demi uolls i taip jela okayy. Kitaorang masuk kampung berkenaan  sebab nak selfie dekat satu tempat dekat area kampung tu. Sebab kitaorang dah pegi area pada waktu siang lah so naklah tengok suasana waktu malam(gatal sangat lah kan). Masa masuk dalam tu aku dah rasa tak sedap hati dah tapi aku tak cakap apa-apa dekat kawan aku lah.First masuk tak ada apa-apa tapi masa otw balik ue aku terperasan something berkain putih sedang cangkung berdekatan di kubur(aku pun satu mata ue dok melilau dah kenapa). Time tu aku cuba untuk rileks sebab kalau aku panik kawan aku yang lain lagi panik sebab kawan aku lagi lah penakut kuasa dua korang tahu.

           Pastu kawan aku ajak lah pegi tasik pulak.So kitaorang pun pegi lah tasik sebab selalu tempat ue ramai orang (ramai dengan coulple yang menyakitkan mata ue) bole pulak time tak ada pulak orang dekat sana kosong bhai...Plan kitaorang nak lepak dekat sana sambil makan aiskrim kononnya. Tak sangka pulak dekat sana kawan rasyiqah dan acha nampak something yang mennyeramkan dekat sana. Diaorang nampak buaian berhayun laju macam ada orang main tapi dekat situ tak ada orang. Nasib baik acha tak terbabas masa tu.Ya allah aku bersyukur sangat-sangat. Masa tu pulak terserlah sengal aku ni plak aku pergi cari apalah yang diaorang nampak than aku pun nampak lah budak kecik yang berambut panjang dekat gelongsor. Hanya tuhan saja tahu macam mana perasaan kitaorang masa tu. Mak aku pesan kalau dah jumpa macam tu jangan balik rumah terus pergi tempat lain dulu supaya benda tu tak ikut balik rumah (terima kasih mak.bagi mak kredit dekat situ).Selepas kami tempat yang banyak barulah kami balik.Walaupun cerita ni tak masuk akal bagi sesetengah orang tapi bagi aku ni betul-betul terjadi depan mata aku terpulang pada korang untuk percaya ataupun tidak sebab dalam al-quran pun menceritakan tentang syaitan dan jin itu wujud dan tak mustahil lah benda kami jumpai ue adalah salah satu daripadanya.JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI DENGAN MISTERI (bunyi anjing menyalak aouuuuu)
MASA BERBUKA 

SEBELUM KEJADIAN








No comments:

Post a Comment

KHAWIN ????

Hi Assalamualaikum,                   Hari ni macam biase aku masih wfh so ada lagi lah masa untuk mengupdate belog sementara line aku heklo...