MARATHON WAS SUPER FUN

ASSALAMULAIKUM... 

           Halo hari ttbe rajin nak update belog kita ni.Tu pun sbb hari ni cuti huhu oh lupa nak wish Happy Labour Days kepada semua pekerja. So hari ni aku nak ceritakan sikit tentang event marathon yang baru baru ni aku join.

            Firstly event marathon ni berlaku dekat aeon dato onn so dekat lah nak pi plus ni first time aku join marathon. Semua orang terkejut aku join event macam marathon.

             Aku ni boleh dikategori pemalas jugak lah nak join benda benda gini.  Tapi setelah di motivate kan oleh seseorang. Jadi semangat nak join benda benda gini.

              Larian start 8:30 cmtu lah before nak lari sempat lagi painting muka pakai stick yang glow in the dark laei. Masa start tu aku lari biase biase je lah tak nak laju sangat dah separuh jalan cmtu aku cakap ngan diri aku kenapa lah join benda ni.

               Separuh jalan tu adalah rasa menyesal tapi menyesal tu hilang bila kau lambang aeon dari jaoh so aku cm berlari lah beriya tapi last last tak dapat medal huhu *sadis hidup*.

                  Bestnya daripada marathon ni aku dapat jumpa kawan baru. Jumpa abg dan akak yang dah ada pengalaman. Memang tak rugi lah join marathon wlaupun tak dapat medal its okay next time aku nak dapatkan medal .

                 Oh lupa nak cerita tak dapat medal tapi dapat sakit kaki yang teramat sangat sempat jugak lah aku telan panadol extend 2 biji baru lah okay. Ahahahaha nak sangat larikan amik kau.  Kaki cramp bhai.  Huhu.

                    Okay sampai sini nak tulis next aku akan aktif balik dalam update belog ni so stay tuned. Okay bye 👋




BAHAYANYA NEGATIVITY DALAM KEHIDUPAN

ASSALAMUALAIKUM.. 

              Hai semua dah lama tak update apa apa dekat blog kan al maklum busy memanjang je kejenya. Nak buat cmne abe long nak kawin tu yang adik pun sama busy.  Hari ni aku nak bincangkan tentang negativity thinking dalam kehidupan. Yup topik ni memang tersangat lah aku share ngan semua orang. 
     
              Sebab benda ni its was happen in my life and aku share benda ni akan memudaratkan kita if kita selalu pikit negatif and overthinking. Aku tak nak lah apa aku alami kena dekat orang lain. 
                
Firstly negative thinking akan bawa ke arah keburukan dekat diri kita. Bukan tak boleh pikir negatif langsung cuma sometimes why not pikir positif dulu baru negatif. Negatif, benci, marah dan dendam semua nya dalam kelompok yang sama.  So benda ni selalu aku rasa and aku selalu pikir orang lain yang salah. Semuanya tak betul. 
                  
Sometimes kita kena cuba untuk jadi pemaaf walaupun susah untuk kita lakukannya.  Aku pun masih cuba untuk tidak membenci sesiapa tapi lebih memilih mendiamkan diri dan muhasabah diri. 
                  
Negative thinking pasai orang lain or apa apa lah sangat tak bagus. Aku pernah dengar dekat radio bila kita selalu tanamkan diri dengan perkara negatif kita jadi orang negatif. 
                   
  Sebab tu aku  try to cuba ketengahkan topik dekat belog aku walaupun tak ramai yang baca tapi sekurang kurangnya i did something good things. 
                   
  Aku pernah satu tahap terlampau negatif sampai apa semua benda aku tak suka but datang hamba allah sent satu video. Dalam video ada ceramah dari satu ustaz from indonesia. Tak sure nama ustaz itu apa. Ustaz tu cuba terangkan even orang lain salah dalam satu hubungan tak kira lah kawan ke bercinta.
                  
    Sebenarnya allah takkan biarkan ianya terjadi jika tiada sebab. One of yang ustaz cakap ialah allah datangkan orang orang yang menguji kesabaran kita untuk. Hanya untuk menghapuskan dosa dosa kita terdahulu.
                   
    Jadi sentiasa sabar dengan apa terjadi. Everyone have their own problems but what make it different from yours problems its how could manage and solve your problems. 
                   
     Semoga yang membaca belog dapat motivate diri korang dari dowb jugak and jangan lupa bnyak check out dekat youtube or instagram motivation talk okay.

P/s : aku recommend tngok ig dayahbakar she very talented to make you motivate from every her post in instagram. 

Bye 👋 

               

SALAM AIDILFITRI 2018

ASSALAMUALAIKUM...

                Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Alhamdulilah atas keizinan daripadanya dapat kita menyambut hari raya pada tahun ini. Raya kedua ni mesti ramai dah pergi beraya kan aku ni balik daripada kampung terus tak keluar sebab sedara ramai dah datang tapi tak apa. Orang kata tetamu ni kan membawa rezeki. 

                       Raya tahun ni agak berbeza bagi aku kerana tahun ni aku dah tak dapat dah duit raya lagi dan tahun ni aku pulak yang bagi duit raya untuk ibu bapa yang tercinta al maklumlah dah berkerja kan. Tahun ni gak cuti raya aku sangat sikit hari isnin ni aku dah naik keje dah. Dulu cuti panjang sebab jadi penggangur terhormat. 


                        Alhamdulilah tak apa kerja tu maknanya allah bagi rezeki lagi dekat aku. Raya ni tema warna aku sekeluarga ialah pink purple. Alhamdulilah jugak niat aku untuk belanja satu family baju raya tercapai akhirnya alhamdulilah. Aku cuba membahagiakan keluarga sebab diaorang dah banyak berkoraban untuk sepanjang aku di gua musang. 

                      Kebahagaian diaorang ialah kebahagian aku jugak. Raya pertama aku just salam salam raya lepastu pegi kubur dan balik kampung kejap lepas balik kampung berperang dduk dapur biase lah satu satunya anak dara dekat rumah kena buat keje lebih. 

                       Dari baju raya yang cantik terus tukar baju biasan dekat rumah. Penat memang penat tapi baru namanya raya. Sampai disini kali ni jelah aku bebelog hari ni nanti kalau ada kesempatan jumpa lagi.

Assalamualaikum bye =)



KEHIDUPAN BEKERJA YANG MENCABAR

ASSALAMUALAIKUM...


              Hai gais apa khabar? dah lama gak aku dah tak update dekat belog ni kan. Al maklum lah orang dah keje banyak commitment lah kata kan. Bila cakap pasal dah keje kan aku teringat masa aku kecik dulu aku selalu pikir kalau aku dah keje maybe aku akan senang untuk beli apa saja yang aku suka. Tapi once aku dah masuk je dunia pekerjaan rupanya banyak tanggungjawab kena pikul. 

Tengok orang kerja dekat drama cm best je taip sini taip sana keje taip taip je kerjanya.Tapi sebenarnya nak karang ayat untuk taip tu boleh berpeluh gak lah. Aku expect orang keje ofis ni tak penat sangat cm drama drama tu. But the reality is really tired gais. First aku masuk keje tak rasa sangat tapi bila dah lama-lama ni terasa penatnya. 

Ayat tu bukan tanda mengalah ya. Cuma mngadu nasib. Bila aku keje aku kena matang dalam percaturan kerja aku.Aku dah tak boleh main main sangat macam masa aku belajar dulu. Aku kena berani melangkah sebab tak nak jauh ditinggalkan.

Time kerja  macam macam dugaan kena tempuh like salah orang lain kau kena sekali marah but its okay that was call learning process normal lah tu kan budak baru kena marah tapi tak normal untuk orang lama kena marah sebab diaorang dah expert kan dalam bidang kerjaTime keje ni lah aku belajar untuk bergaul dengan orang lebih berjawatan tapi yang best dekat tempat keje. semuaorang sporting habis, Gila-gila semua. 

Lately ni aku banyak diberikan tugas yang baru so apa yang aku boleh cakap dekat sini aku still dalam proses pembelajaran lagi. Dengan akak dan abang dekat tempat keje alahamdulilah aku boleh buat dengan baik. 

So kepada sesiapa yang still tudy lagi tu hargailah masa masa study anda dengan baik dan gembira sebab korang akan menrindukan moment tu semua. Macam aku sekarang masih stuck in memories while my others friends already move on from memories even ada je kawan aku yang dah delete tu dari memori daun pisang waktu jalan jalan. 

Aku punya belog selalu citer terabur so aku harap korang terhibur lah ye.

Bye asalamualikum..

SERONOKNYA BERCINTA ❤❤

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat malam semua, hari ni entry aku agak cheesy lah sikit tapi baca dulu sampai habis okay. Hari ni entry tentang "SERONOKNYA BERCINTA ". Cinta tak bermaksud kita bercinta sesama manusia saja ada juga cinta kan haiwan, alam sekitar dan paling penting cintakan Allah dan rasul. 

Lately entry den selalu cerita pasai agama kan tapi tak apa lah aku pun nak cari saham akhirat aku gak.Jadikan media sosial sebagai satu medium untuk mengumpul pahala bukan untuk menambahkan dosa. Berkongsi ilmu dengan apa kita ada. 

Aku pernah jugak dengar satu ceramah ustaz ni kan dia kata before kita nak bercinta sesama manusia kita kena cintakan allah dulu sebab kalau kita cintakan manusia dulu allah akan rasa cemburu. Aku bukan perfect yang dah cintakan sang pecipta sepenuhnya tapi aku masih untuk mencari keredaannya. Percayalah susah untuk kita untuk mencintai sesuatu yang kita tak pernah nampak dengan mata kasar kita ni. Tapi in sha allah jika kita berusaha untuk untuk mendekatinya segalanya akan berjalan lancar.. 

Allah terlalu sayangkan umat Nabi Muhammad S.A.W. sampaikan pada saat akhir kita dibicarakan allah tetap cuba untuk selamatkan kita. "Sesungguhnya allah tak pernah menzalimi diri kita melainkan kita sendiri menzalim diri sendiri" Lazimi lah lidah kita dengan zikirullah nescaya kehidupan kita akan tenang. 

Nabi Muhammad S.A.W. cintanya kepada kita tiada tolok bandingnya. Melalui satu ceramah ustaz ada yang mengatakan di pandang masyar nanti manusia akan dibangunkan dalam keadaan bogel dan tanpa seutas benang di tubuhnya dan seluruh manusia dalam keadaan zikir kepada allah untuk diampunkan dosa nya.Tapi hanya Nabi Muhammad S.A.W saja yang menyebut umati umati umati. 

Begitu jugak ketika akan melalui titian maksirat Nabi Muhammad S.A.W sepatutnya sudah masuk syurga tapi dia memilih untuk berdiri di hujug titian maksirat untuk melihat hamba yang masuk syurga dan neraka. 

Kesimpulan yang aku nak simpulkan ialah tiada cinta lebih agung daripada cinta Allah dan Rasul. Jika kita runsing kenapa aku tak khawin or tak ada boyfriend jangan risau Allah dah tentukan jalan takdir kita dengan cantik serta sentiasa lah berdoa kerana allah suka kalau kita berdoa. Dan ingatlah setiap apa yang berlaku atas izin Allah S.W.T


Sesungguhnya segala kebaikan datang daripadanya 

DEPRESSION & STRESS IS REAL

ASSALAMUALAIKUM...

                   Selamat beristirehat semua hari baru ada masa nak mengupdate belog. Kalau tngok aku punya entry mesti korang pikir aku nak cerita pasal korean idol yang bunuh diri sebab dia bunuh diri tu kan. Sebenarnya aku inspired by tajuk depression itu. Depression tu semua orang akan rasa tapi based how kita overcome the stress.

                   Kalau kita seorang islam the key of peace is try get a close with Allah Swt and you find the peace. Certain manusia terlepas pandang kita selalu nak impressed dan bersaing sesama manusia. Bukan nak cakap aku ni baik sangat cuma just nak ingat sesama manusia. 

                   Bacalah al-quran untuk ketenangan jiwa setiap bait ayat ayat suci ada maksudnya membawa kita menjalani kehidupan yang lebih bahagia. Semua sudah tertulis in sha allah. 

                    The power doa jugak adalah satu caranya kerana Allah sentiasa mendengar setiap doa. Nabi Muhammad Saw bersabda "Doa ialah senjata orang mukmin". Depression dan stress jugak adalah satu dugaan allah untuk kita. Allah takkan menguji hamba jika hamba dia tak mampu. 

                     Ujian jugak tanda allah merindui kita. Bersyukur lah jika anda diuji sebab ada sahabat nabi yang menangis disebabkan dia tidak diuji tapi Nabi Muhammad Saw berkata bahagia jugak adalah satu ujian. 

                       Menyalahkan diri sendiri tiada gunanya jika kita tak mengubah benda menjadi lebih baik. Last but not least, to the kpop fan  or sesiapa lah yang kecil hati dengan entry ni saya menyusun sepuluh jari ye. Fyi im kpop fan too so dont worry saya tak kecam anda. 

                    70 peratus penduduk malaysia mengalami depression and stress even kanak-kanak di malaysia pun ada tau. Nampak gigih nya aku pi google tadi ahhahah. Lagi satu malaysia makin banyak orang psiko because of depression and stress. Everyone has their own problems even saya pun mengalami depression and stress sometimes. 


        We together fight the depression and stress to find a better life. 

KERJA DAN AMANAH

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama jugak aku mengupdate belog aku ni. Rindu jugak update tapi disebabkan aku pikir week days dan weekend aku selalu sibuk jadi tak sempat lah mengupdate. Oh lupa nak last entry aku bagitau aku jadi penggangur terhormat kan tapi sekarang dah keje sebegai kerani dekat one of factory dekat senai. Alahamdulilah ada rezeki aku dekat situ job description memang jauh berbeza lah dengan aku apa aku belajar. Kalau ikut kan susah ofcos dah tak nak kot stay dekat situ tapi mengenangkan betapa susahnya nak cari keje baik aku stay je keje dekat situ. Alhamdulilah keje dekat situ semua okay dapat bos yang okay.
Aku juga dapat abang abang dan akak akak yang baik. First first memang lah memalu tapi alhamdulilah lah sekarang aku boleh berbual bual dah tak malu lagi.
Based on the entry kan kerja dan tanggungjawab. Aku nak cerita ni atas pengalaman aku yang berjumpa dengan seseorang yang dah lama berkerja boleh dikatakan top two yang senior lah dekat tempat aku keje. Kalau kita budak baru mesti kita kena perform yang bebaik kan untuk dapat confrimation cepat or anything else lah kalau kau ada patner yang jenis tak fokus and memain main buat keje mesti korang akan panas jugak kan.
That what i feel right now. Even lah kalau dah keje lama pun keje tetap keje. Ingatlah satu pekara kerja ialah salah satu ibadah juga apa yang di amanah kepada kita kena lah bertanggungjawab jangan disebabka diri kita orang lain pulak kena marah or mennyusahkan yang lain. Cuba pikir perspektif orang lain. 
Sebabkan dialah aku kena marah sedangkan itu keje dia bukan keje aku haih sabar jelah. Dah nasib kan redha jelah benda dah jadi. Puas dah aku melepaskan ketidakpuas hati aku ni. Sampai di sini jelah entry kali ada masa aku update lagi okay.

Bye Assalamulaikum

KHAWIN ????

Hi Assalamualaikum,                   Hari ni macam biase aku masih wfh so ada lagi lah masa untuk mengupdate belog sementara line aku heklo...