ASSALAMUALAIKUM...
Malam ni aku nak ceritakan tntng "KAWAN SEJATI". Zaman sekarang ni kawan senang jela kita nak dapat petik jari je berderet haa nak berkwan tmbah tmbah lagi zaman teknologi ni. Bukak twitter je dh jumpa kawan baru dekat twitter.
Tapi kawan yang sejati jarang untuk kita jumpa yang ada dengan kita bila kita susah atau senang. Sekarang ni macam macam jenis kawan yang boleh kita jumpa kawan makan kawan, kawan jatuhkan kawan, kawan gunakan kita bila perlu je. Angkat kaki kalau korang ada kawan macam tu? Korang kalau ada kawan macam tu dah boleh dah slow slow tolak dia dalam tasik.
Aku bukan nak cakap aku perfect yang tak pernah buat salah dekat kawan kawan aku tapi aku boleh terima kawan aku walaupun dia masa lampau atau dia pernah tikam aku tapi aku still boleh terima diaorang.
Tipu lah aku tak rasa sakit bila orang yang paling kau percaya kau tikam belakang. Aku rasa macam kena bodoh bodoh kena tipu dengan kawan baik sendiri doe. Mungkin ada salah aku yang terlepas pandang.
Ikut sakit hati aku ni memang tak lah aku maafkan tapi aku pegang kata kata kalau aku terus berdendam aku tak bahagia. Jadi aku kena maafkan semua orang dan berharap kalau semua orang dapat maafkan aku jugak.
Esok adalah hari raya haji aku nak jadikan hari raya haji ni sebagai satu hijrah aku untuk menjadi orang yang lebih baik.
Menjadi orang yang tak bergantung dengan kawan baik kerana kawan baik juga boleh menikam kau dengan kejam. Dalam dunia kau hanya boleh percaya dekat keluarga saja yang lain tu kau kena pikir dua tiga kali untuk kau percayai.
Tapi terima kasih jugak kepada dia kerana bagi aku pelajaran yang terbaik dekat aku. Terima Kasih =)
bye bye assalamualaikum
No comments:
Post a Comment