SEMUANYA BERUBAH

ASSALAMUALAIKUM...
         
              Olla semua pembaca dah lama kan den tak mengupdate blog gua ni... Al-maklum lah student lah kata ko tak abis dengan assingment yang menggunung bak gunung kinabalu kau...Dah lah penat dengan assignment gua yang tak pernah habis ue dan sekarang ditambah dengan masalah kawan pulak.Haih...betol lah orang kata kalau dah start belajar kita kena kuat untuk hadap benda-benda cmni nilah walaupun bagi korang anggap benda cm hal remeh-temeh tapi hal2 cmni lah boleh menganggu kita jugak kan...Tipu lah tak menganggu kita kan...
             
              Aku ni nak complain lebih pasai kawan aku pun tak boleh gak sebab aku ni pun tak la sesempurna mana. Entry aku SEMUANYA DAH BERUBAH memang semuanya berubah kalau dulu aku rapat sekarang dia menjauh (ayat aku macam ayat orang tengah patah hati dengan pakwe pulek) Rasanya aku je yang over kot hehehhe tapi biarlah orang nak cakap apa pun sebab kali ni aku memang betul2 terasa gila kot. Maybe kawan-kawan anggap aku ni memang tak ada perasaan kot sebab setiap kali diaorang cakap apa aku rilek je tak pernah nak melnting sangat kot.

            Bila kita terlampau baik dengan orang sampai orang anggap kita memang tak perasaan kecil hati ke, marah ke atau sebagainya. Aku ni bukan robot yang tak ada perasaan aku ni manusia mestilah aku terasa jugak doh...Dah puas luahkan perasaan nak sambung buat assignment gua yang daripada tadi dok usha gua sebab menyempat gua update blog haih

bye-bye  =)

#NAQIBKUAT=)

ASSALAMUALAIKUM...

              Olla semua sudah lama den tak mengupdate blog yang sudah berabad tak buka ni. Hari ni kalau tngok entry pun nampak macam cerita sedih. Tapi memang sedih pun cerita ni. Mesti semua tertanya-tanya siapa naqib pakwe aku ke apa? Memang tak lah naqib ue kawan sekolah aku dulu. Naqib dulu ni tak ada lah rapat mana dengan aku dulu tapi aku selalu jugak lah dengar cerita dia bagai dan lepak selalu dengan dia. Mesti nampak macam keling kan cerita aku ni kan (sambil tergaru-garu kepala untuk mencari ayat yang sesuai)

                   Naqib,aku,aien,dilla dengan aisyah selalu je lepak sama-sama selalu bincang banyak perkara sama-sama. Daripada hal yang kecil sampai lah hal yang besar so bole tahan jugak rapat kan(fuhh...sambil lap peluh untuk ayat yg panjang ni) Okay aku dah terangkan tentang hubungan aku dengan naqib so aku nak terangkan kenapa pulak aku letak entry #NAQIBKUAT sebab ada hal yang berlaku.

                   Aku dapat berita tentang naqib pengsan dan dimasukkan ke dalam hospital. Mesti korang cakap *alaa, pengsan je kot* tapi aku dapat gambar naqib dekat hospital nampak macam teruk je. Dalam whatapps group jeddy dah kecoh dah pasal ni.Tapi alhamdulilah ada sorang kawan aku ni nama dia haziq kawan rapat naqib ni kata naqib dah sedar alhamdulilah dan keadaan semakin okay sekarang alhamdulilah.Dengan ni aku mohon sangat doakan kesihatan naqib supaya semakin pulih dan dapat kembali separti sediakala amin..DOAKAN YE....


BYE-BYE =)

SEM 3 YANG MEMENATKAN

ASSALAMUALAIKUM...

                 Kepada semua pembaca sekalian pada malam ni aku nak bercerita serba sedikit tentang sem 3 yang aku alami sekarang ni...walaupun ianya agak membosankan sebab setiap kali entry mesti aku cerita aku punya akademik dekat blog...dah kata pun life as student kan takkan kau nak update pasal boyfriend tiap2 kali online blog kan(den single laie, kepada sesiapa yg berkenan boleh lah masuk line) just kidding tak pikir lagi. Lagipun aku bila ada boyfriend ni nnty aku rasa serabut sangat2 sebab aku kena update apa aku buat setiap hari dekat boy aku.
                  
                 Okayy sekarang aku dah melalut ke arah yang lain(credit kepada otak aku dan tangan aku daripada terus melalut) Sem 3 ni aku rasa berat sikit bukan disebabkan berat aku yang sudah meningkat naik tapi subjek sem 3 agak susah. Aku tak tahu lah sem ni aku boleh kekalkan pretasi aku pun tidak tapi doakan2 lah supaya pretasi aku meningkat ye demi membanggakan kedua ibu bapa aku yang berada yang jauh nun disana...

                   Sem 3 ni banyak mengajar aku untuk manage sesebuah program dan majlis. So that's way lah aku rasa tough sikit. Setiap hari mesti ada meeting. Aku pulak jadi secretary atau dalam bahasa melayunya setiausaha. Haih besarlah tanggungjawab aku. Doakan lah aku supaya segala assignment aku berjalan dengan lancar in sha allah. Aminnnn.

Bye-bye(sambil tangan melambai kearah laptop)

SELAMAT HARI RAYA

ASSALAMUALAIKUM...

               Ollaa semua pembaca sekalian, ada tak yang rindu dengan coretan den ni hah? Okay kalau tak ada pun ada den kesah. Den tetap akan update jugak blog yang sudah bersarang labah-labah. Hari ni entry kita bercerita tentang hari raya aidilfitri yang sudah lama berlalu walaupun lambat adah tetap nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Harap semua dapatkan maafkan lah adah kalau coretan adah yang menyinggung hati semua pembaca.

                Hari raya kali keluarga adah bertemakan warna kuning dan coklat gabungan dua warna katako. Raya tahun ni tak dapat jumpa kawan sangat sebab diaorang hal masing-masing dan ada yang dah start balik awal so tak berkesempatan lah nak berjumpa dengan kesemuannya. In sha allah kalau ada rezeki nanti cuti sem kita akan berjumpa kembali.

               Dalam gembira menyambut hari raya ada kisah sedih yang menyelubungi hari raya adah dengan pemergian ridhwan bin kadir. Ridwan bin Kadir ataupun orang panggil dia Wan Khalid orang ada dengan aku daripada aku kecil hingga aku remaja munkin agak skema ayat aku ni tapi inilah kenyataannya aku bgaikan hilang seorang abang yang dekat dengan aku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan digolongan orang yang beriman. 

#selamatjalanabgwan
                                           Sekian terima kasih

CUTI SEM DAH NAK ABIS

                        ASSALAMUALAIKUM...

 dah lama blog ini menyepi tanpa kehadiran aku sah-sah ni blog aku memang lah aku je yang ada ye idokk hahahhahah sori buat ayat bongok sikit...Kalau korang tengok entry dekat atas aku tulis apa "CUTI SEM DAH NAK ABIS" bagus anak-anak sekalian. Jadi nak beritahu betapa sengsaranya hati aku nak balik gua musang seminggu dua lagi. Dah lah nak dekat puasa ni adoiyaii tak pe lah lumrah seorang pelajar untuk menghadapi situasi sebegini rupa (bersabarlah sayang aku akan pulang jangan dengarkan gosip murahan tentang akuuuuu) dah boleh buat album kalau macam ni ahahahaha #BERGURAU 
               Hah! aku lupa nak bagitau yang aku baru beli motor baru oppss salah bukan aku beli motor tapi ayah aku yang belikan motor untuk aku nampak beza ayat disitu okay. motor jenis skuter yang aku beri nama pingu. pingu aku berwarna biru pekat sebab apa nama dia pingu sebab aku suka satu cerita kartun yang ada karakter pingu tu... Comel jugakan nama pingu hehheehehe puih ajet-ajet comel pulak kau.
                Sekian saja corentan aku nanti aku update lagi pasal pingu dekat sini lagi okayyy...
                                SEKIAN TERIMA KASIH =)

CUTI SEM BERMULA!

ASSALAMUALAIKUM...

                 Selamat sore kalian hari ni ibu susanti mahu mengupdate tentang cuti sem ibu yang baru saja bermula (haih bila masa pulak aku tukar kewarganegaraan ni..haihh) Okayy mengarut back to the story hehehe...hari aku nak cerita tentang cuti sem yang menjelang ( dah macam hari raya lah pulak) semalam lagi aku dah sampai johor...Aku tak sempat mengupdate blog sebab yelah perjalanan jauh kau nyah dari kelantan ke johor bayangkan jelah. Penat dia tak tu tak dapat di luahkan.
                 Aku happy sangat pagi ni dapat sarapan dengan keluarga and aku ada good news aku sekarang ni proses mengambil lesen motor (vroommm vrommm) Kenapa lesen motor? kenapa bukan lesen kereta? adakah persoalan itu yang bermain di pemikiranan anda semua tunggu biar saya jelaskan ( ayat macam ayat iklan dah aku tengok) sebenarnya tujuan aku amik lesen motor ialah untuk merempit ahhahhhhaha( ketawa jahat) tak ada lah aku amik lesen motor sebab aku nak bawak motor untuk sem 3 nanti sebab aku kan duduk umah sewa sem 3 ni so kena lah ada kenderaan nak ulang alik pergi kolej.

                 That's why lah i pick motorcycle than car tak kan lah ayah aku nak belikan kereta pulak lahai (pak cik kayo) Aku kena buat yang terbaik utk dapatkan lesen ni kalau nak senang dekat gua musang nanti...hrmmmm tapi yang penting cuti sem aku nak spent masa dengan kawan-kawan aku yang dag lama aku tinggalkan ofc aku rindu diaorang. In sha allah aku akan cari masa untuk diaorang nanti in sha allah( shout to dilla cepatlah balik johor jangan duduk lama sangat dekat melaka tu)

                                         Sekian terima kasih :)
                

               

MAJLIS MAKAN MALAM P2S1 BERJAYA!!!

ASSALAMUALAIKUM...

              Kepada pembaca sekalian hari ni aku nak cerita tentang majlis makan malam yang telah berlangsung pada 20/5/15 (ayat macam report untuk majalah sekolah jelah haih) sori lambat update sebab baru abis exam tts esok ada gap satu hari than ahad ad exam phr pulak.Oleh kerana mood nak belajar aku masih otw dekat traffic light gua musang jadi aku menyempatkan diri untuk mengupdate blog yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan kebosanan anda di petang hari ( ayat cm blog kau best adah haih..mintak maaflah si adah memang perasan sendiri ahahahha) 
               
               Majlis makan ni dah rancang lama baru sekarang ada kesempatan nak lakukannya. Masa majilis makan malam aku ditugaskan utk menguruskan sistem PA  ue dengan si zrill tapi mamat sengal sedap makan aku yang jaga dengan zaty semua bagai benggong betol lahaii...Aku bukan nak puji diri sendiri tapi just nak ckp lah aku adalah salah sorang orang kuat yang menjayakan majlis(nampak riak disitu okay im sorry) aku kena set up meja pastu kitaorang ada photo booth tu bukan buat tu kawan aku buat ahahahaha...kredit tenaga kepada zaty,intan,din,king,neeta,eika dan sesetengah budak lelaki yang sanggup tunggu kitaorang dekat depan butik.

               Alhamdulilah majlis tu berjalan dengan lancar cuma hujan yang agak menganggu majlis ni sikit tapi tak apa semuanya okayy. The best things is lect kitaorang siap karoke dan berjoget sekali. Mentor kitaorang bangga dengan kitaorang sebab dapat menjayakan majlis ni walaupun mentor kitaorang just tolong sikit je and sweet moment kitaorang sambut birthday sir romzi yang dah ajar kitaorang untuk dua sem ni means dah setahun kitaorang bersama sayang dan kasih tu mesti dah ada. Lastly harapan aku ialah family bonding aku dengan anak-anak najwa (najwa nama mentor aku) akan berkekalan hingga akhir hayat aminnn...Sebelum abis cerita aku meh aku belanja sikit gambar

photo booth kami

muka penat sebelum majlis

HAPPY BIRTHDAY SIR ROMZI

SIR MAJDI



SIR AZRIL



KHAWIN ????

Hi Assalamualaikum,                   Hari ni macam biase aku masih wfh so ada lagi lah masa untuk mengupdate belog sementara line aku heklo...