AKUNAMATATA VS SI MATA EMPAT

ASSALAMUALAIKUM...

             Kepada hadirin dan hadrat sekalian (poyo doe) hari ni aku nak stroy mory tentang nama blog aku yang berubah daripada suhada AKUNAMATATA kepada SI MATA EMPAT...hehehe sebab aku tukar nama blog ia nya kerana aku punya sukalah hahahhahaha tak ada lah saja bergurau ( yela sekarang dah tak bole bergurau dah) kredit ayat ni to housemate aku yang sering menggunakan ayat ni...aku tukar nama blog sebab semenjak aku bermata empat ni macam-macam nama yang kawan-kawan aku gelarkan aku ada yang panggil aku aunty lah nenek lah prof lah adoiyaiii... stress den dengar orang panggil aku dengan macam nama tapi tak pew tu nama diaorang perhatin dengan korang (ko ada? kalau ada senyap je tanya menyahut) 
               Tapikan nama SI MATA EMPAT ni macam sweet gitu kan ahahahahahah mesti korang pelik tang mana yang sweet adah hoiiii...biarlah orang nak cakap apa pasal aku punya corentan yang penting aku happy dengan apa yang aku tulis #akuyangtuliskauyangpanas #kaupehal . aku rasa para pembaca ni semua tak ada cakap pun dah kau je melebih pehal adah ngok ngekk. sebelum saya menghabiskan corentan saya ni saya belanja sikit gambar saya ketika berkaca mata...(jangan muntah pulak ye permirsah hahahaha ayokk suster ngesot berbicara heheehehe)  





comelkan ahahhahahhaha(sori buat korang nak muntah)

RAGAM MANUSIA

ASSALAMUALAIKUM...

Pembuka bicara kepada pembaca sekalian ahahahahhaaha tak payah nak buka-buka bicara sangatlah. Sudah lama  kita tidak bersua bukan bersua muka tapi bersua di corentan aku. Dah lama jugak lah aku tidak mengupdate si akunamatata al maklum lah aku sibok dengan assignment bagai. untuk pengetahuan korang naik je sem 2 ni aku sibok lah dengan macam-macam benda assignment nya lah pastu presentation nya lagi dan lain-lain. Okay udah udah kita berbalik pada topik kita ya pakkk...Topik kali ini pasai ragam manusia yang aku jumpa. Ragam manusia ni terlampau banyak sampai aku pun tidak mapu untuk mencerna ia nya lagi( BM A+)
                        Ragam manusia kita tidak bole predict kejap dia bole okay dengan kita ttbe dia bole berubah menjadi lain dengan sekelip mata je. haihh stress jugak aku bila di kelilingi dengan manusia yang macam apa ntah... Bukan nak kata aku perfect tak pun sebab aku tahu tidak ada pun satu manusia yang dekat dunia yang perfect wey... Apa perasaan kau bila kau kena menghadapi orang-orang yang bole buat kau stress sampai kau bole nangis dekat di ceruk bilik sebab kau dah penat layan orang macam tu (aku tak nangis okayy cuma mata masuk habuk sikit)
                           Bila di pikirkan balik aku teringat pulak kata-kata  mak aku dia kata ni lah dugaan adik bila dduk di negeri orang akan berjumpa dengan macam2 ragam manusia yang baik yang jahat. okayy untuk conclusion yang aku buat ialah biarkan orang nak berubah ke apa yang penting diri kita sendri tak berubah dan selagi kita berpegang yang kita ada allah in shaa allah kita tidak akan terpesong ke arah keburukan. 
                          

ALL ABOUT YOU MOM

ASSALAMUALAIKUM

para pembaca yang dihormati meniarapnya saya di sini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA (ttbe je raya apa masalah kau). Mungkin ada yang tertanya-tanya hakak menghilang diri hahahhaha walaupun rak ada orang tanya hakak nak jugak bagitahu dekat semua yang hakak baru je abis mid-term jadi hakak sibuk sikit so tak dapat lah mengupdate blog hakak ni selalu nok...Kalau korang baca entry kali ini ialah pasai mak den kan.Sebenarnya den nak buat entry HAPPY MOTHERS DAY tapi aku tak tahu lah bulan berapa so ini merangkap wish aku yang paling awal la...

this my mom yoo


nama: OKID BINTI ABD HAMID
umur : 48 TAHUN
ibu kepada : FARHAN DAN SUHADA
anak kepada: KALSOM
makanan fav : SEMUA DIA MAKAN
minuman fav : MINUMAN YANG MASAM
habit : SUKA MAKAN CILI JERUK WALAUPUN TAHU DIRINYA MEMPUNYAI GASTRIK

aku sayang dia sampai ke jannah.Sesiapa yang berani sakitkan hati dia aku akan cari dia sampai ke lubang cacing (berani lah kau kacau mak aku) aku tahu aku bukan anak yang baik tapi dialah ibu yang terbaik yang aku ada.ADIK SAYANG MAK




CSR DI KUALA KRAI DAN CUTI RAYA CINA YANG SINGKAT

ASSALAMUALAIKUM...

       Para penonton!!!!! ( pehal kau ttbe jerit) hari ni aku nak update pasal aku pegi kuala krai pada 15/02/15 oleh kerana line tenet aku macam harem masa tu so ia nya menanguhkan niat ku untuk mengupdate blog gue...Gua nak cerita jugak lah cerita tentang cuti raya cina singkat yang amat(sobs sobss) 



            dah jangan tenung lama-lama akak nanti malu lah akak...dan mula hati korang berkata kalau dah malu janganlah letak gambar dekat blog ni giler kannn? akak paham situasi korang ahhahahaha rilek la akak gurau je kot(okay merepek) selalunya aku tengok dekat berita je yang pasal banjir ttbe bila aku sendiri dapat tengok semua ni timbul rasa simpati dan segalanya...

             Okay abis cerita pasal CSR di kuala krai sekarang aku nak ceritalah sikit pasal cuti raya cina...baru-baru ni aku ada balik johor(tak payah nak baru-baru sangatlah baru semalam kau sampai gua musang) walaupun cuti dalam jangka masa yang singkat tapi ia berbaloi untuk aku lepaskan rindu dekat keluarga tercinta dan sekarang aku rindu sangat dekat diaorang plus sekarang aku tengah demam arghhhh time2 ni lah kita nak family ada di sisi kan...sobs sobss

I MISS YOU

HOUSEMATE AKU UDAH BALIK!!!

ASSALAMUALAIKUM...

#cepatpulangcepatkembaliakukesepian
                Dan salam satu malaysia(acehh dah macam pembaca berita la pulak...hahahhhaha) Entry kali mengisahkan pak jabit yang bakal bernikah dengan kak limah sebelah rumahnya itu...kebetulan kak limah tu dah lama menjanda yang pak jabit ue pulak dah lama menduda kan elok kita jodohkan diaorang sama cantik sama pandan macam buah pinang dilenyek dengan treler hahahahhhahaha....okay mengarut semua tu saja nak buat permulaan yang merapu hehhehehe...okay sekarang kita kembali kepada entry yang betul...
            
                Kisahnya hari khamis sampai lah jumaat aku di tinggalkan oleh semua housemate aku yang tercinta...ke manakah mereka pergi? jeng.jeng.jeng mereka pergi buat assignment la...jadi tinggal la akak sorang dekat rumah...mesti tertanya-tanya berani ke akak tinggal sorang-sorang kalau korang tak tanya pun akak nak cakap jugak...untuk pengetahuan semua akak ni sebenarnya berani au walaupun tengok movie seram akak ttup muka tapi akak still berani tau duduk umah sorang(tapi siang lah hahhahhahah) gila kau nok duduk rumah sorang-sorang malam2(selisih malaikat 44 la mintak2 di jauhkan)

                  Akak tinggal umah kawan akak dekat tingkat satu pastu kalau siang akak pagi-pagi ue pegilah tingkat empat kemas rumah,mandi dan segalanya.Bila dah siap baru akak pegi turun bawah pastu kalau petang pun sama naik atas mandi,basuh baju baru turun...Akak bersyukur sangat si dak ayu ni dia balik pagi ni...ya allah aku bersyukur ke hadrat mu ya allah(sambil tadah tangan)


terima kasih ayu kerana udah balik cepat...



MID-TERM DAH DEKAT

Assalamualaikum...

          Hari ni aku menyempatkan diri untuk update blog yang tidak berapa nak popular ni dan tidak berapa banyak pembaca ni tapi hakak tak kisah pun nyah yang penting hati akak puas dapat luahkan perasaan akak dekat sini...Kalau ada yang menyampah dengan coretan akak ni akak nak cakap satu je ADA AKAK KESAH!!!! hahhahhhahah (tiba-tiba nak mengamuk apahal kau adah) Mesti korang ingat akak ni datang bintang kan padahal tak pun...Aku rasa benggang dengan kawan aku sorang ni tapi aku tak nak lah cerita dekat sini sebab nnty kecoh lah pulak nok (akak tak nak publisiti murahan ni nok) 

                  Sekarang aku tak nak cerita pasal kawan ke apa yang sekrang aku nak cerita ni pasal mid-term dah nak dekat adoiyaii aku rasa aku baru je masuk belajar tup-tup dah nak mid-term dah ya ampun gi mana ni dong (suster ngesot mana pula yang datang ni) Ya allah tuhan jela tahu macam stressnya aku nak hadapi ni semua adoiyaiii...Tak apa lah ni kan dugaan sebagai pelajar mak dengan ayah hantar kau jauh-jauh pun sebab nak pandaikan so kau jangan lah nak cepat sangat putus asa...
  
                   Bak kata pepatah "bukan senang nak senang bukan susah nak susah" (betul tak para pembaca...kalau ada lah yang nak baca blog aku ni)...Okay conclusion yang aku dah buat sekarang ialah aku nak pegi study sekarang dah tak nak main-main lagi...bye assalamualaikum

Susahnya nak "MOVE ON"

ASSALAMUALAIKUM...

        
              Ya allah apalah bodoh sangat perempuan-perempuan yang dekat luar ue termasuk akulah ye...Susah sangat nak move on daipada lelaki yang sudah tak nak dekat kita ataupun dengan kata  istilah lainnya dah kena "reject"...Aku paham perasaan perempuan yang tak bole MOVE ON sebab aku pun alami benda yang sama jugak sekarang ni( ni kira luahan hakak dekat blog ni...puihhh) 

           So sekarang hakak  memang nak lupakan perasaan hakak dekat dia maybe lepas ni hakak still bole berkawan dengan dia macam dulu and no hard feeling antara hakak dengan dia lagi...In sha allah hakak akan dapat lupakan perasaan dekat dia(tolonglah doakan ye...tak kuasa hakak nak feeling2 lagi)

           Ramai kawan hakak kata nak lupakan seseorang tu kita kena ada orang baru so sekarang hakak nak cari orang baru duluan bye...

KHAWIN ????

Hi Assalamualaikum,                   Hari ni macam biase aku masih wfh so ada lagi lah masa untuk mengupdate belog sementara line aku heklo...