ASSALAMUALAIKUM...
Kepada semua pembaca hari ni aku saja nak update pasal apa yang perlu ada dalam sesebuah hubungan. Walaupun umur aku tak cukup dewasa untuk berbahas tentang ni tapi aku tetap nak bahas sebab benda ini universal semua orang boleh bahas ni bagi pendapat aku lah...kita kan ada pendapat masing-masing yang kita boleh share kepada umum. Okay let's we start now!
1.KEPERCAYAAN
Kepercayaan ini penting dalam sesebuah hubungan sebab untuk hubungan tu kekal lama ia perlu trust with each other. Tak kisah lah lelaki ke perempuan kita perlu perlu ada apa tadi anak2 (sambil tangan di telinga dan dekatkan ke laptop kot2 dengar suara korang...ahahahahha) Okay back to stories kepada lelaki di luar sana korang sebagai lelaki kena lah bagi kepercayaan kepada girlfriend/tunang/isteri anda sebab perempuan pun reti rimas kalau asyik bersikap curiga je dengan korang.Perempuan pun sama sebab bagi lah kepercayaan kepada abang2 di luar sana lelaki paling rimas dengan benda2 cmne kann...
2. MEMAHAMI PASANGAN KITA
Lelaki dan perempuan diaorang ada kehendak dan keperluan diaorang sendiri. Sebagai contoh lelaki mesti diaorang ada time nak lepak dengan kawan-kawan dia. Pastu mesti nak main game, berfutsal dengan kawan. So untuk perempuan pula kena lah paham dan bagi diaorang ruang dan peluang untuk diaorang lakukan aktiviti diaorang. Lelaki pun sama bila perempuan nak buat GIRLS DAYS WITHOUT BOY korang jangan lah ada rasa curiga korang yang terlampau. Lumrah tidak ada orang pun dalam dunia ni nak dikongkong even burung pun tak suka dduk dalam sangkar dia pun nak terbang bebas.
3. KAWAL CEMBURU ANDA!
Bapak-bapak dan ibu-ibu sekalian kawal emosi anda(intonasi jawa) .Cemburu tu boleh kenalah dengan tempatnya kalau korang cemburu tak tentu pasal tu namanya orang gila paham. Kalau pasangan kita tu bercakap dengan berlawan jantina jangan lah kita cepat melatah tengok dulu permainan dia macam mana kalau just cakap tentang kerja atau itu kawan lama dia tak payah lah nak cemburu sangat.
4. SOKONG MINAT PASANGAN
Sokong minat ni ada berkait dengan nombor dua kepada lelaki dan perempuan perlulah sokong minat pasangan anda supaya dia semakin semangat untuk lakukan minat dia. Ingat kita jangan halang minat pasangan kita tapi kita haruslah menyokong dia.
ni lah antara sedikit sebanyak yang aku dapat tips yang aku boleh share. Ini terpulang kepada korang unyuk terima atau tak just nak share je... walaupun aku masih single buat masa sekarang tips2 ni aku dapat daripada kawan-kawan yang sering ada masalah bercinta,Jadi aku kumpulkan semua tips untuk tatapan pembaca sekalian.
SEKIAN TERIMA KASIH...

No comments:
Post a Comment