CUTI SEM BERMULA!

ASSALAMUALAIKUM...

                 Selamat sore kalian hari ni ibu susanti mahu mengupdate tentang cuti sem ibu yang baru saja bermula (haih bila masa pulak aku tukar kewarganegaraan ni..haihh) Okayy mengarut back to the story hehehe...hari aku nak cerita tentang cuti sem yang menjelang ( dah macam hari raya lah pulak) semalam lagi aku dah sampai johor...Aku tak sempat mengupdate blog sebab yelah perjalanan jauh kau nyah dari kelantan ke johor bayangkan jelah. Penat dia tak tu tak dapat di luahkan.
                 Aku happy sangat pagi ni dapat sarapan dengan keluarga and aku ada good news aku sekarang ni proses mengambil lesen motor (vroommm vrommm) Kenapa lesen motor? kenapa bukan lesen kereta? adakah persoalan itu yang bermain di pemikiranan anda semua tunggu biar saya jelaskan ( ayat macam ayat iklan dah aku tengok) sebenarnya tujuan aku amik lesen motor ialah untuk merempit ahhahhhhaha( ketawa jahat) tak ada lah aku amik lesen motor sebab aku nak bawak motor untuk sem 3 nanti sebab aku kan duduk umah sewa sem 3 ni so kena lah ada kenderaan nak ulang alik pergi kolej.

                 That's why lah i pick motorcycle than car tak kan lah ayah aku nak belikan kereta pulak lahai (pak cik kayo) Aku kena buat yang terbaik utk dapatkan lesen ni kalau nak senang dekat gua musang nanti...hrmmmm tapi yang penting cuti sem aku nak spent masa dengan kawan-kawan aku yang dag lama aku tinggalkan ofc aku rindu diaorang. In sha allah aku akan cari masa untuk diaorang nanti in sha allah( shout to dilla cepatlah balik johor jangan duduk lama sangat dekat melaka tu)

                                         Sekian terima kasih :)
                

               

MAJLIS MAKAN MALAM P2S1 BERJAYA!!!

ASSALAMUALAIKUM...

              Kepada pembaca sekalian hari ni aku nak cerita tentang majlis makan malam yang telah berlangsung pada 20/5/15 (ayat macam report untuk majalah sekolah jelah haih) sori lambat update sebab baru abis exam tts esok ada gap satu hari than ahad ad exam phr pulak.Oleh kerana mood nak belajar aku masih otw dekat traffic light gua musang jadi aku menyempatkan diri untuk mengupdate blog yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan kebosanan anda di petang hari ( ayat cm blog kau best adah haih..mintak maaflah si adah memang perasan sendiri ahahahha) 
               
               Majlis makan ni dah rancang lama baru sekarang ada kesempatan nak lakukannya. Masa majilis makan malam aku ditugaskan utk menguruskan sistem PA  ue dengan si zrill tapi mamat sengal sedap makan aku yang jaga dengan zaty semua bagai benggong betol lahaii...Aku bukan nak puji diri sendiri tapi just nak ckp lah aku adalah salah sorang orang kuat yang menjayakan majlis(nampak riak disitu okay im sorry) aku kena set up meja pastu kitaorang ada photo booth tu bukan buat tu kawan aku buat ahahahaha...kredit tenaga kepada zaty,intan,din,king,neeta,eika dan sesetengah budak lelaki yang sanggup tunggu kitaorang dekat depan butik.

               Alhamdulilah majlis tu berjalan dengan lancar cuma hujan yang agak menganggu majlis ni sikit tapi tak apa semuanya okayy. The best things is lect kitaorang siap karoke dan berjoget sekali. Mentor kitaorang bangga dengan kitaorang sebab dapat menjayakan majlis ni walaupun mentor kitaorang just tolong sikit je and sweet moment kitaorang sambut birthday sir romzi yang dah ajar kitaorang untuk dua sem ni means dah setahun kitaorang bersama sayang dan kasih tu mesti dah ada. Lastly harapan aku ialah family bonding aku dengan anak-anak najwa (najwa nama mentor aku) akan berkekalan hingga akhir hayat aminnn...Sebelum abis cerita aku meh aku belanja sikit gambar

photo booth kami

muka penat sebelum majlis

HAPPY BIRTHDAY SIR ROMZI

SIR MAJDI



SIR AZRIL



APA YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH HUBUNGAN?

ASSALAMUALAIKUM...

        Kepada semua pembaca hari ni aku saja nak update pasal apa yang perlu ada dalam sesebuah hubungan. Walaupun umur aku tak cukup dewasa untuk berbahas tentang ni tapi aku tetap nak bahas sebab benda ini universal semua orang boleh bahas ni bagi pendapat aku lah...kita kan ada pendapat masing-masing yang kita boleh share kepada umum. Okay let's we start now!

1.KEPERCAYAAN 
Kepercayaan ini penting dalam sesebuah hubungan sebab untuk hubungan tu kekal lama ia perlu trust with each other. Tak kisah lah lelaki ke perempuan kita perlu perlu ada apa tadi anak2 (sambil tangan di telinga dan dekatkan ke laptop kot2 dengar suara korang...ahahahahha) Okay back to stories kepada lelaki di luar sana korang sebagai lelaki kena lah bagi kepercayaan kepada girlfriend/tunang/isteri anda sebab perempuan pun reti rimas kalau asyik bersikap curiga je dengan korang.Perempuan pun sama sebab bagi lah kepercayaan kepada abang2  di luar sana lelaki paling rimas dengan benda2 cmne kann...

2. MEMAHAMI PASANGAN KITA
Lelaki dan perempuan diaorang ada kehendak dan keperluan diaorang sendiri. Sebagai contoh lelaki mesti diaorang ada time nak lepak dengan kawan-kawan dia. Pastu mesti nak main game, berfutsal dengan kawan. So untuk perempuan pula kena lah paham dan bagi diaorang ruang dan peluang untuk diaorang lakukan aktiviti diaorang. Lelaki pun sama bila perempuan nak buat GIRLS DAYS WITHOUT BOY  korang jangan lah ada rasa curiga korang yang terlampau. Lumrah tidak ada orang pun dalam dunia ni nak dikongkong even burung pun tak suka dduk dalam sangkar dia pun nak terbang bebas.

3. KAWAL CEMBURU ANDA!
Bapak-bapak dan ibu-ibu sekalian kawal emosi anda(intonasi jawa) .Cemburu tu boleh kenalah dengan tempatnya kalau korang cemburu tak tentu pasal tu namanya orang gila paham. Kalau pasangan kita tu bercakap dengan berlawan jantina jangan lah kita cepat melatah tengok dulu permainan dia macam mana kalau just cakap tentang kerja atau itu kawan lama dia tak payah lah nak cemburu sangat.

4. SOKONG MINAT PASANGAN
Sokong minat ni ada berkait dengan nombor dua kepada lelaki dan perempuan perlulah sokong minat pasangan anda supaya dia semakin semangat untuk lakukan minat dia. Ingat kita jangan halang minat pasangan kita tapi kita haruslah menyokong dia.

ni lah antara sedikit sebanyak yang aku dapat tips yang aku boleh share. Ini terpulang kepada korang unyuk terima atau tak just nak share je... walaupun aku masih single buat masa sekarang tips2 ni aku dapat daripada kawan-kawan yang sering ada masalah bercinta,Jadi aku kumpulkan semua tips untuk tatapan pembaca sekalian.
SEKIAN TERIMA KASIH...

KHAWIN ????

Hi Assalamualaikum,                   Hari ni macam biase aku masih wfh so ada lagi lah masa untuk mengupdate belog sementara line aku heklo...