ASSALAMUALAIKUM..
Hai gais apa khabar ? Amacam duduk rumah okay tak? tepu tak? huhu dah masuk 7 hari kena dduk rumah tepu jugak dah line fon cm kura kura. Penat airplane mode tak sudah ahahhaha. Buat aktiviti lain ialah aku masak. Mak aku serahkan bab bab masak dekat aku sebab nak suruh aku belajar nnti senang kalau dah kawin nnti. Gitulah mak mak modalnya itu jelah ahahahaha tapi ada baiknya jugak belajar masak ada faedah nya jugak kan kenyang perut yer dok?
Haih! membebel panjang pulak aku . Okay nak cerita seperti di headline aku tu cerita pasai aku perhentian pada bulan 2 yang lepas. Masa tu aku gerak dari johor 12/02/2020 naik bas pukul 2:30 rasanya. Naik bas ngan berbekal kan perut kosong aku teruskan jugak naik bas terus ke klang huhu. Lepas tu biela ngan mira kawan baik dekat shah alam datang amik aku lepas makan terus balik rumah sewa dorang aku tumpang tido rumah dorang satu malam. Esoknya dorang ajak pusing pusing keyyel. Siap bawak sis pi taman eco rimba kl.
Dekat taman eco rimba tulah aku baru tahu yang aku ni gayat yang amat nampak tngok orang lalu dekat jambatan gantung cm rilek aku pun cuba lah ingat aku nih dah cukup berani rupanya goyang jugak. Jerit jerit dekat situ macam tak ada hari esok ahahhahahha. Bila kita dalam keadaan yang tak berapa betul otaknya sebab dah kelam kabut still tak lepaskan peluang amik gambar dulu aahahaha. Biase ler prmpuan jalan mesti nak amik gmbar.
Malamnya aku dah nak gerak pi besut terengganu sebab kitaorang amik pakej perhentian dekat area jeti kuala besut situ. Nak dijadikan cerita cish drama betul. Bas yang kitaorang naik tu ada salah sorang penumpang ada kes polis gitu lah tapi aku tak perlu kot cerita kes apa. Tapi masa tu aku dah rasa tak sedap ikotkan kitaorang rancang sampai awal subuh dekat area besut last last smpai sana pukul 9 lebih gitu.
Bila dah sampai dah dapat penerangan dari kitaorang punya tour guide kitaorang gerak pi jeti and naik bot pi pulau first first jerit lah jugak dekat dlm bot tu sbb takot *aku bila je tak jerit ? tepuk dahi* Dah sampai pulau je kitorang bawak masuk pi resort. Resort kitaorang paling dekat jeti view dekat sana jangan cakap lah memang osem giler.
Dah masuk bilik mandi semua kitaorang hiking naik untuk pi dekat kincir angin dan amik gmbar dekat tangga tanggan tu. Best giler view dia sangat osem wey. Esoknya kitorang pi snorkeling ada lime checkpoint aku tak ingat nama check point. Klau korang yang suka nature serious pi lah perhentian memang cantik giler wey.
Hari ketiga kitoarang nak balik huhu awal pagi dah bangun mandi semua bagai. Balik pun ada tragik nya bas pukul 9 tapi bot kitaorang pukul 8:15 tak sampai lagi amik kitaorang. Kau giler nyah aku dah berdegup laju dah jantung ni sebab. dah rsau takot tertinggal bas nnti. Tapi alhamdulilah dengan kecekapan abang bawak bos dan allah gerak kan hati abang driver bas untuk masih dduk luar bas dan masih brbincang dengan akak kaunter alhamdulilah kami sampai jugak akhirnya dekat tbs ngan selamat dekat situ aku naik bas ke johor sorang.
Biela ngan mira balik lah rumah sewa dorang dekat shah alam. Done coretan untuk entri kali ni. Okay sampai sini jelah aku update pasai pi perhentian. Nnti aku update lagi okay
Bye bye assalamulaikum=)