SALAM AIDILFITRI 2018

ASSALAMUALAIKUM...

                Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Alhamdulilah atas keizinan daripadanya dapat kita menyambut hari raya pada tahun ini. Raya kedua ni mesti ramai dah pergi beraya kan aku ni balik daripada kampung terus tak keluar sebab sedara ramai dah datang tapi tak apa. Orang kata tetamu ni kan membawa rezeki. 

                       Raya tahun ni agak berbeza bagi aku kerana tahun ni aku dah tak dapat dah duit raya lagi dan tahun ni aku pulak yang bagi duit raya untuk ibu bapa yang tercinta al maklumlah dah berkerja kan. Tahun ni gak cuti raya aku sangat sikit hari isnin ni aku dah naik keje dah. Dulu cuti panjang sebab jadi penggangur terhormat. 


                        Alhamdulilah tak apa kerja tu maknanya allah bagi rezeki lagi dekat aku. Raya ni tema warna aku sekeluarga ialah pink purple. Alhamdulilah jugak niat aku untuk belanja satu family baju raya tercapai akhirnya alhamdulilah. Aku cuba membahagiakan keluarga sebab diaorang dah banyak berkoraban untuk sepanjang aku di gua musang. 

                      Kebahagaian diaorang ialah kebahagian aku jugak. Raya pertama aku just salam salam raya lepastu pegi kubur dan balik kampung kejap lepas balik kampung berperang dduk dapur biase lah satu satunya anak dara dekat rumah kena buat keje lebih. 

                       Dari baju raya yang cantik terus tukar baju biasan dekat rumah. Penat memang penat tapi baru namanya raya. Sampai disini kali ni jelah aku bebelog hari ni nanti kalau ada kesempatan jumpa lagi.

Assalamualaikum bye =)



KEHIDUPAN BEKERJA YANG MENCABAR

ASSALAMUALAIKUM...


              Hai gais apa khabar? dah lama gak aku dah tak update dekat belog ni kan. Al maklum lah orang dah keje banyak commitment lah kata kan. Bila cakap pasal dah keje kan aku teringat masa aku kecik dulu aku selalu pikir kalau aku dah keje maybe aku akan senang untuk beli apa saja yang aku suka. Tapi once aku dah masuk je dunia pekerjaan rupanya banyak tanggungjawab kena pikul. 

Tengok orang kerja dekat drama cm best je taip sini taip sana keje taip taip je kerjanya.Tapi sebenarnya nak karang ayat untuk taip tu boleh berpeluh gak lah. Aku expect orang keje ofis ni tak penat sangat cm drama drama tu. But the reality is really tired gais. First aku masuk keje tak rasa sangat tapi bila dah lama-lama ni terasa penatnya. 

Ayat tu bukan tanda mengalah ya. Cuma mngadu nasib. Bila aku keje aku kena matang dalam percaturan kerja aku.Aku dah tak boleh main main sangat macam masa aku belajar dulu. Aku kena berani melangkah sebab tak nak jauh ditinggalkan.

Time kerja  macam macam dugaan kena tempuh like salah orang lain kau kena sekali marah but its okay that was call learning process normal lah tu kan budak baru kena marah tapi tak normal untuk orang lama kena marah sebab diaorang dah expert kan dalam bidang kerjaTime keje ni lah aku belajar untuk bergaul dengan orang lebih berjawatan tapi yang best dekat tempat keje. semuaorang sporting habis, Gila-gila semua. 

Lately ni aku banyak diberikan tugas yang baru so apa yang aku boleh cakap dekat sini aku still dalam proses pembelajaran lagi. Dengan akak dan abang dekat tempat keje alahamdulilah aku boleh buat dengan baik. 

So kepada sesiapa yang still tudy lagi tu hargailah masa masa study anda dengan baik dan gembira sebab korang akan menrindukan moment tu semua. Macam aku sekarang masih stuck in memories while my others friends already move on from memories even ada je kawan aku yang dah delete tu dari memori daun pisang waktu jalan jalan. 

Aku punya belog selalu citer terabur so aku harap korang terhibur lah ye.

Bye asalamualikum..

SERONOKNYA BERCINTA ❤❤

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat malam semua, hari ni entry aku agak cheesy lah sikit tapi baca dulu sampai habis okay. Hari ni entry tentang "SERONOKNYA BERCINTA ". Cinta tak bermaksud kita bercinta sesama manusia saja ada juga cinta kan haiwan, alam sekitar dan paling penting cintakan Allah dan rasul. 

Lately entry den selalu cerita pasai agama kan tapi tak apa lah aku pun nak cari saham akhirat aku gak.Jadikan media sosial sebagai satu medium untuk mengumpul pahala bukan untuk menambahkan dosa. Berkongsi ilmu dengan apa kita ada. 

Aku pernah jugak dengar satu ceramah ustaz ni kan dia kata before kita nak bercinta sesama manusia kita kena cintakan allah dulu sebab kalau kita cintakan manusia dulu allah akan rasa cemburu. Aku bukan perfect yang dah cintakan sang pecipta sepenuhnya tapi aku masih untuk mencari keredaannya. Percayalah susah untuk kita untuk mencintai sesuatu yang kita tak pernah nampak dengan mata kasar kita ni. Tapi in sha allah jika kita berusaha untuk untuk mendekatinya segalanya akan berjalan lancar.. 

Allah terlalu sayangkan umat Nabi Muhammad S.A.W. sampaikan pada saat akhir kita dibicarakan allah tetap cuba untuk selamatkan kita. "Sesungguhnya allah tak pernah menzalimi diri kita melainkan kita sendiri menzalim diri sendiri" Lazimi lah lidah kita dengan zikirullah nescaya kehidupan kita akan tenang. 

Nabi Muhammad S.A.W. cintanya kepada kita tiada tolok bandingnya. Melalui satu ceramah ustaz ada yang mengatakan di pandang masyar nanti manusia akan dibangunkan dalam keadaan bogel dan tanpa seutas benang di tubuhnya dan seluruh manusia dalam keadaan zikir kepada allah untuk diampunkan dosa nya.Tapi hanya Nabi Muhammad S.A.W saja yang menyebut umati umati umati. 

Begitu jugak ketika akan melalui titian maksirat Nabi Muhammad S.A.W sepatutnya sudah masuk syurga tapi dia memilih untuk berdiri di hujug titian maksirat untuk melihat hamba yang masuk syurga dan neraka. 

Kesimpulan yang aku nak simpulkan ialah tiada cinta lebih agung daripada cinta Allah dan Rasul. Jika kita runsing kenapa aku tak khawin or tak ada boyfriend jangan risau Allah dah tentukan jalan takdir kita dengan cantik serta sentiasa lah berdoa kerana allah suka kalau kita berdoa. Dan ingatlah setiap apa yang berlaku atas izin Allah S.W.T


Sesungguhnya segala kebaikan datang daripadanya 

KHAWIN ????

Hi Assalamualaikum,                   Hari ni macam biase aku masih wfh so ada lagi lah masa untuk mengupdate belog sementara line aku heklo...